Tips ini penting untuk mereka yang punyai rabun melebihi 400.

October 15, 2016

Adakah anda punyai rabun yang tinggi? Power cermin mata anda sekarang melebihi 400? Sekiranya anda mempunyai tahap rabun yang tinggi, penting untuk anda ketahui tips ini sebelum membuat pembelian supaya tak 'terbeli' cermin mata yang tebal.

  • Pastikan frames yang dipilih tidak terlalu besar. Lihat pada cermin kedudukan mata hitam anda, pastikan ia berada pada bahagian tengah frame yang anda cuba.

  • Pilih frames saiz sederhana (bawah 50mm). Lagi besar saiz, bertambah berat dan tebal cermin mata anda nanti.

  • Pilih frame plastik jenis tebal dan keras materialnya. Ia boleh menyorokkan sedikit kanta yang tebal. Barulah tak banyak sangat kanta yang 'terkeluar'.

  • Pilih kanta yang nipis. Kebiasaannya kanta nipis bermula dengan index 1.60. Lagi tinggi nilai index, lagi nipis cermin anda. Harganya juga akan berbeza, bergantung kepada tahap nipis yang dipilih.

  • 'Anti-reflactive Coatings' wajib dipilih kerana ia menjadikan kanta lebih jernih. Orang yang tengok kita dari jarak 50 meter pun tak perasan sangat ketebalan cermin mata kita.

  • Request pada penjual untuk 'polishkan / bagi extra shining' di keliling kanta. Cakap saya nak 'real polish', bukan 'semi polish'. Mungkin kena extra charge. Walaupun anda pilih full frames/bingkai penuh.


Tips ini sangat berguna untuk korang yang ingin nampak konfiden depan orang ramai walaupun berkaca mata. :)  

Please reload

Featured Posts

6 Tips Penting Penjagaan Cermin Mata Anda.

March 19, 2016

1/1
Please reload

Recent Posts
Please reload

Archive
Please reload